Saturday, November 19, 2016

TIPS SAMBUNG BELAJAR

Assalamualaikum..

Macam biasa, punya la lama baru boleh menulis. Walaupun mungkin tak ada sapa baca. Haha.
Prinsip blog ni diwujudkan adalah untuk menyampaikan ilmu walau sedikit. Juga sebagai diari diriku ini.Lol Waktu ni, jam dah menunjukkan pukul 1.17 pagi. Ini adalah timing paling baik bagi aku untuk menulis atau membaca. Tak tau kenapa. Tapi aku rasa bersemangat betul time macam ni. LOL.

So, today i decided to share some tips to ponder before continue study. Note that everything i share here is based on my experiences. So, no offend. Terpulang la nak ikut atau tak nak. Tiada lah Mak Jemah berhasrat untuk memaksa. LOL.

Ini adalah tips bagi menyambung pelajaran peringkat Master.  Kenapa? Bak kata Prof di tempat aku belajar, sambung Master adalah pilihan individu. Bukan dipaksa. Kita menanggung 100% risiko. 
Jadi, aku nak berkongsi sedikit pengalaman dan pengetahuan yang ada. Insyaallah.

Kena faham ye, Master ada beberapa mod  dan bentuk pengajian.
Mod A: Fully Thesis
Mod B: Mix Mode ( Thesis + Coursework)
Mod C : Coursework

Dan semua ni berbeza mengikut tempat pengajian.
Bentuk pengajian pula adalah sama.
1. Sepenuh masa.
2. Separa masa.

Kebanyakan pelajar Master adalah daripada mereka yang telah bekerja.  Jadi, they did in part time.

Hari ini aku nak share, apa benda yang perlu dititikberat bila kita ada hasrat nak mohon sambung. Penting. Kerana,  ia sangat mempengaruhi mood, komitmen, dan markah jua. hahaha

1. Jarak ke Universiti

Sekiranya, ko berniat nak sambung secara part time, benda ni sangat  sangat penting. Hampir setiap hari travel ke Universiti adalah sangat memenatkan. Kalau duduk di Johor, mintalah yang dekat-dekat. Atau agak dekat. Kalau duduk Johor dan belajar di utara, dan  perlu berulang alik setiap minggu. Sangat melemaukan, Kos juaaaaaa. Ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri, disebabkan aku agak takut untuk drive, jadi aku perlu guna public transport yang sangat banyak semasa di UiTM Shah Alam. Sedangkan aku duduk di Bangi.  Jauh dan aku agak lambat untuk sampai ke kelas. Ia adalah 1 kerugian!! Aku sangat letih walau dalam ERL dan rasa terlalu exhausted. Maka, tidak adalah waktu untuk self study lagi. Balik, terus tidur. Hm.. Di dalam kelas aku, ada beberapa orang yang travel dari Johor /Melaka ke UKM. Dan mereka hampir hendak quit. Kerana terlalu penat. Tapi, kalau engko jenis badang serta yakin mampu hadapi, apa lah salahnya. Ini adalah untuk mereka yang tidak tahan dengan erti penat. lol. Jarak ini penting, kerana banyak masanya kita perlu berjumpa supervisor untuk perbincangan. Jadi, agak susah untuk berkomunikasi sekiranya jauh.

2.  Duit

Master adalah tidak berdasarkan buku! Apa yang kita perlu buat ialah hampir 90% untuk menelaah sendiri dan minta pandangan pensyarah. Selain yuran, kos lain ialah kos print, buku sendiri dan lain-lain projek.  Sekiranya engko tidak ada sumber kewangan, jadi, fikir fikir lah dahulu. Aku tak dapat PTPTN (perlu bayar jumlah terdahulu), Mara pon tak dapat (sebab anak orang yang ayah aku jadi penjamin tak bayar >_<) , MYBRAIN? Masih tidak berstatus. Maka, aku anggap tidak dapat. LOL. Aku cuma menerima duit zakat sebagai duit sara diri. Dan duit yuran dibayar oleh bapak aku sendiri. Maka, terasa juga lahhhhhh betapa struggle nya. Read: Nukilan ini hanya untuk mereka yang daripada keluarga dengan pendapatan rendah-sederhana. Kalau kaya, apadehalllll.


3.  Kekuatan diri

Untuk sambung Master, tak perlu lah cerdik ya amat. Cukuplah kalau yakin mampu belajar dengan baik. Tapi, apa saja yang kita bentangkan, bersedialah untuk ditegur juga dihentam oleh pensyarah dan dokter falsafah. hahaha. Sekiranya, kita jenis last minute kerja, jenis bermalas-malasan, percayalah, ia akan membawa tekanan super dasyat nanti. Kenapa? Terlalu banyak paper yang perlu dilangsaikan, sekiranya  engkau berada pada Mod C. Tak terkejar, itu yang pasti. Jadi, tanyalah diri. Kenapa ko nak sambung? Mampu? Proceed. Tak mampu? Istikharah dulu.


Dulu, aku rasa sambung Master ni macam 1 perlumbaan. Lagi muda ko dapat setel, lagi bangga. Tapi lepas ALLAH uji, baru aku sedar, ilmu ni adalah cahaya. Ia masuk pada hati yang bersih. Ilmu itu perlu dituntut sampai mati. Jadi, mana mungkin ia 1 perlumbaan. Ilmu itu bersih. Lepas aku tengok rakan sekelas yang berumur 40 an dan masih belajar bersama, baru lah aku sedar.. ia adalah satu proses untuk mendalami ilmu. Jadi, berapa umur kita tamat, adalah tidak penting. Yang penting, kita sudi untuk menggali ilmu-ilmu ALLAH.

Sebenarnya, banyak lagi tips. Tapi tak berapa rajin nak taip. LULZZ

Oh ya, in case you don't know. Kebanyakan pelajar Master/PHD dia tak berapa betul. Haha Kadang-kadang tarikh pon tak ingat. Banyak benda kena fikir.  Most of the time, jadi blur. ITU PASTI!


Nak sambung? Fikir betul -betul. Jangan daftar, dan quit. BUANG MASA! BUANG DUIT. Ingat tu.



Jadilah kita Ummat Muhammad,
yang cerdas akal.
Demi agama ALLAH,
Sejahtera selamanya.






Monday, September 26, 2016

Culture

Assalamualaikum.
 
Lamanya tak update blog. Ni blog ke harta karun? LOL.
Jadi, sebelum aku mula menulis thesis aku, jadi, aku rasa ok baiklah marilah aku update di sini dulu. Sebagai tanda blog ini masih wujud. Sekali sekala menjadi rajin :D

Hari ni tiba-tiba rasa macam nak update tentang 'culture' -Budaya. Dengar macam woiii topik apa benda kau masuk dalam blog. Berat sangat untuk dihadam ni. Kah kah kah. Tak la, sebenarnya aku nk share ni. Tentang budaya orang dan budaya kita. :D 

Al kisahnya, beberapa hari lepas, aku diajak oleh AF untuk ke shopping mall. Jadi, sementara tunggu lif buka untuk naik ke atas, aku pon macam biasa. Mata meliarrrrr. Masa ni AF pergi dekat kereta. Entah lah, aku pon tak pasti kenapa. Terlalu cepat aku terlupa dek kerana telah telan semut berkilo kilo banyak nya. LOL.  So, dalam masa tunggu lif tu, aku mmg nampak ada foreigner- orang arab,  (bapak dan anak perempuan), tengah kalut cari kereta. READ: Lif dekat pintu utama, area parking. Aku perhati ja. Dan seperti kebiasaan, anak anak kecik gemar untuk buat eye contact dengan aku. Dan gemar juga untuk bergurau dengan aku. Tak ketinggalan anak pak arab ni. Entah, mungkin aura mak mak lagi penyayang ada dalam diriku. kah kah kah hashtag feeling very the angel sangat! So, aku pon tengok la anak orang arab ni dari jauh. Sambil usha bapak dia kelam kabut cari kereta. Anak perempuannya ni jalan relax2 je. Sambil toleh ke aku (so dia toleh belakang la). Aku haruslah tengok. Sebab aku suka kalau jumpa anak anak yang lawa ni, sambil dalam hati-ya allah, minta anak aku segak macam ni. HAHAHA. Ye, mmg aku selalu doa macam tu kalau jumpa anak anak orang arab :D
Mana tau kot nanti anak aku kemain woww antiknye, walau mak bapak begitu desa wajahnya. kah! who know kan? ALLAH punya kuasa :D 

ok sambung. 
So, si bapak ni cari tak jumpa. Aku syak silap basement. So masa ni pintu lif aku tak buka lagi. Tergopoh la si bapak ni nak masuk mall balik. Dan nak ke lif bersama aku. So, disebabkan anak dia tak lepas tengok aku, dan bapak dia macam terlepas tangan si anak ni, dia terus bengang sebab anak jalan slow-slow. Tau apa jadi? Bersaksikan dua mata ku, anak perempuan yang tengah tenung aku dari tadi, terus ditampar dengan kuat sebanyak 3kali. Ya ALLAH. 

Masa ni aku dah rasa sebak sangat sangat dah. Kalaulah aku tak buat eye contact dengan budak ni. Masa tu one chinese dok tepi aku pon macam-oh my god, kenapa dia tampar? Kuat wooo. Terus budak tu nangis.  Aku macam krik krik krik. Macam, eh ko pehal, tak jumpa kereta nak hangin dekat anak pulak. Tapi dalam hati ja la berkata kata.

Kemudian, bapak, anak dan mak serta anak lelaki nya masuk mall dan berdiri tepi aku. READ: Mak dan anak lelaki mmg dalam mall tepi aku, dari tadi. So, budak perempuan tu terus nangis, dan bila dia pusing, dia terpandang aku. Terus senyap. Sambil buat eye contact lagi. Aku ni shock tak habis lagi. Masa tu AF dah datang, terus cakap "you, tengok orang arab ni, dia penampaq anak dia 3x. Anak dia dok tengok i td. Kesiannya". Pastu macam magik, budak tu terus ok je.  Terus AF cakap dekat aku.

"You, orang sana benda benda macam tu kan biasa. Dia ajar kasar kan". Aku pon masih jiwa kacau. Dalam hati, pehalll. Mana boleh pukul anak. Tak da la diajar untuk pukul mcm tu nk didik. Tapi, lama sket aku realize. Its a reality. Orang arab lebih kasar, gagah dan tegas. Maybe benda macam tu biasa kot. Masa aku di Tanah Haram dulu, diorang bawa kereta pon, umakkkk oiii jauh beza ngn orang kita. Takat cucuk2 sambil masuk tak bagi singal tu biasa. Marah jerit jerit tu biasa. Huwa huwa. 

Thats culture. Which is different dengan kita. Kita Malaysian, sangat santun. Apa kita buat masih lagi beradab, berlapik.

Ala, macam kau bengang bawa anak p kedai lepas tu tak dengar cakap terjerit-jerit, tak da kau nak tampar depan orang. Tapi, diam diam kau ketamkan anak kau! Kah kah kah. Dan, banyak lagi yang santunnya. Macam bagi laluan dekat orang, dan sentiasa ramah! :D

Beza.  

Lain tempat, lain budaya dia. Dan benda-benda mcam ni lah yang akan buat kita realize, "ooo..orang sini macam ni. orang sana macam tu..". Even orang Semenanjung Malaysia dengan Sabah Sarawak own different cultures kan :)

Tapi, dalam banyak banyak budaya, entah kenapa aku sangat mencintai budaya orang Korea dan Jepun. Kadang-kadang rasa macam nk buat research pasal ni. KAHKAH. Dan kalau duit berkoyan koyan, ingin sekaliku ke sana dan feeling kpop ! 

So, jangan la terkejut seperti diriku kalau tengok foreigner tiba-tiba perangai lain pada kita. Budaya dorang. Macam AbangLa, makan sireh dan meludah merata tu benda biasa bagi dorang. Dan bagi kita?

WOIIII NAK MAKAN SIREH MAKAN LA. LEPAS KUNYAH TELAN! JANGAN LUDAH LA WOIII! keh keh


Walau apa jua budaya yang didukung,
Teguhlah dikau agar tidak terpesong.
Tuhan jua yang perlu diagung,
Moga selamat engkau tak kosong.



Tuesday, April 5, 2016

Nak Sambung Master Ke Tak Nak? (Panduan Untuk Semua)

Assalamualaikum semua orang!! :)  So, macam mana weekend lepas? Dah berhibur ke?kehkeh. 

Untuk full time student macam aku, tak da istilah nk berhibur sangat la kot. Menangis pilu kerja berlambak. LOLZ. So, hari ni aku dah settle group presentation. Rasa lega sangatttt. Faham-faham la kerja group ni, yang pasif tu mesti jer ada. -,-'

Ok, nevermind.  Posting ni sebenarnya, nk kongsi sesuatu. Yela, sebab ramai junior-junior dan member2  private message aku,minta pandangan tentang NAK SAMBUNG MASTER KE NAK KERJA. So, aku rasa, apa la salah aku share je la dekat blog. Kalau orang lain google, bila diorang baca, ada la jugak saham akhirat aku (dengan harapan diredhai dan insyaallah memberi manfaat pada semua).

So, basically ada 3 perkara yang AKU rasa penting untuk consider bila nk sambung master ni. Aku bercerita ni, adalah based on pengalaman aku, dan insyaallah jujur dari hati aku. Setiap orang ada thought masing-masing. So, aku cerita berdasar apa aku lalui dan apa aku nampak la. hehe

Perkara yang palinggggg kena consider adalah:
1. Minat
2. Duit
3.Komitmen

Aku letak minat tu no 1 weh. Ada sebabnya. Kalau ko rasa nk sambung sebab member-member sambung, atau sebab tak da buat apa-apa, kerja pon tak da, rasanya, istikharah lah dulu. Benda ni tak kan berhasil kalau kita ikut kawan jer. Dan kalau nk please people, heh.. sampai kiamat pon tak kan terdaya.  Bila ada minat which is passion untuk further study, perkara yang susah pon akan kita cuba mudahkan. Tapi kalau tak minat ni, susah sket. Nanti aku cerita kenapa susah.

2. Duit.
Untung orang-orang yang berada, duit tak da hal kot. Tapi untuk yang parents kerja biasa-biasa. Yang ada masalah lain like tak boleh apply biasiswa /PTPTN/MARA (blacklist ke)..mmg susah sket. 1.5k Yuran bagi orang lain, mungkin biasa. Tapi bagi orang yang tak berapa kaya ni, berat sebenarnya. Mana nak cekau. Master ni bagi aku, banyak jugak pakai duit. Duit yuran, duit buku, duit makan.Ni basic la. Tu tak kira nk print assignment ke apa. So, kalau dah sambung, pastu decide nk berhenti, seriously you're wasting your parents hardship earning money. Tak kesian ke?

3. Komitmen
Part ni pon penting weh. Master ni banyak kena fikir. Dan banyak jugak nak kena bekorban jiwa raga. Lagi-lagi kerja group. Nak pulak ko buat part time. Erm... Penat dia sumpah tahap boleh nangis.Letih kot.

Kalau ada minat, duit tak ada..boleh struggle yang lain lagi. Kerja kerasa sket la. Kalau ada duit, tak minat dan tak boleh commit, mmg nt akan end up dengan berhenti. Hm..


So, susah sangat ke Master?
Apa yang aku jawab ni, adalah berdasar diri aku. So, lain orang, lain la yer. Mengambil kira latar belakang pendidikan aku, rasanya i can say, tak susah sangat. Cuma kena bagi 1000% commitment.
Aku tak sure learning style universiti lain. Tapi sebab aku further di UKM, bagi aku ..sakit jugak la. Disebabkan aku sempat belajar di UiTM (continue Master pastu quit *sila baca post sebelum ni*) aku boleh nampak la beza tu. Mungkin ada certain university, cara belajar Master bagi coursework ialah follow buku, tapi untuk UKM, buku tu lebih pada self read. Tak da nya ko nk buka bab 1, ok cerita yang ni. Tak da ok. Banyak nya adalah membuat kajian kajian yang terkini dan pastinya sesuai mengikut kursus yang kita ambik. Kalau lecturer bentang apa-apa, still akan end up dengan journal analysis, critique or buat kajian. Nak faham lebih? Beli buku, baca sendiri. Tapi, kalau dah minat, semuanya ok sajaaaa.. (Kalau ikut QS World University, Fakulti Pendidikan UKM berada pada ranking 51 dunia dengan academic reputation yang tinggi jugak la sampai 73.4%). Sebenarnya mana-mana universiti pon sama, so ikut jugak la style of teaching macam mana kt sana. So, sakit jugak la kepala aku belajar situ.hahaha.

Secara general, belajar Master ni mmg buat kita jadi pening-pening lalat sikit. Banyak nak kena faham. Ala, Master kan persediaan untuk continue PHD, so tak kan la ko expect nk dapat ijazah kedoktoran kena pass benda benda cikai. haa mcm tu la konsepnya. Tapi, insyaallah. Kalau dah tekad, kalau dah minat, benda ni tak da hal pon.

So, fikir baik baik.

Bila kita sambung belajar, kita mesti tahu apa yang kita nak. Apa yang kita nak capai. Kalau diri rasa tak boleh, jangan lah. Tak semua orang bila di 'push' boleh jadi somebody. Ada orang, lagi push, lagi jahanam. Kita ja tau keupayaan diri kita. Honestly, kalau yang jenis masa zaman belajar ialah seorang parasit-u know what i mean- yang jenis harap orang. Yang bajet-bajet dan sebenarnya kawan je banyak tolong tu. So, fikir fikir la. Sebab hampir 90% Master adalah berdasar diri kita sendiri. Ingat boleh tiru member je ke nk buat research? Viva pa cita? :D ha mcm tu la konsep nyee kannn.

This post, bukan nk menghalang sesiapa. Tapi untuk korang fikir betul-betul. Nak continue atau x. Kalau tekad, buat yang terbaik. Kalau hangat-hangat tahi ayam, alahaiii. Tak payah la. Membazir ja. Lagi-lagi zaman GST.lol. Insyaallah, sambung belajar ni sebenarnya satu ibadah yang terpuji. Cuma, janganlah kita penting diri. Dah tahu diri tak ready, tak bersedia, lagi nak buat. Di mahkamah ALLAH nanti, kita nak jawab jugak. Adil ke kita guna duit mak bapak kita dengan cara continue belajar then quit, adil ke kita untuk continue dan bermalas malasan dan kutip C je memanjang. Banyak benda nk kena fikir. Honestly, masa aku sambung bagi First Master, aku rasa why nottttt kannn ada Master-baru la cool. Kawan-kawan nak kawen, aku tak nak kawen lagi. So sambung je laaa. Masa tu aku tak fikir apa-apa. Aku fikir ala PTPTN ada. Bukan susah. Sampai ALLAH bagi ujian, haaaa. Masa tu aku baru tersentak. Dan masa aku perlu buat pilihan antara kerja atau belajar. Masa tu baru terdetik yang 'ok.. study is my passion. This is the thing yang aku enjoy sungguh-sungguh. Bila kewangan menjadi masalah, dan perjalanan tak semudah First Master, masa tu baru aku belajar sikit. Ok. Master is not a small thing dude! Baru ada akai.hahahaha


So, tanya diri. Dont let people make a decision for you. Untuk lelaki, aku sarankan sambung belajar lepas kawen je la. Kerja susah skrg. Kerja la dulu :)  Perempuan tak pe. Tunggu dipinang je.hahaha.
Lagi 1, yang jenis pemalas nk baca buku ke apa. Better fikir bebaik k. Master ni ibarat bermain dengan journal orang. Membaca je kerja.hahahaha


Nota kaki: Nanti mesti ada yang kata. Eleh kemain, pandai sangat ke nk bagi panduan dkt orang. Alahai. This is my sincere post. Kalau rasa ok, ambiklah. Kalau rasa tak, tinggal lah. Yang baik hanya milik ALLAH semata, tapi bukan aku.  :)




Menuntut ilmu itu ibadah.
Lakukan dengan halal. 
Dan katakan,
Ini adalah LILLAHITAALLA.
ALLAH melihat semua.
Biarkan redha ALLAH itu
menyusuri setiap ilmu ilmu yang diteroka.
Dan bukan demi nafsu diri semata-mata.


































Thursday, March 31, 2016

Complicated kah aku?

Assalamualaikum! So how's your day? ok or sendu? aku mcm biasa. Tak da apa yang indah. Biasa-biasa sajo! Masyaallah, rajin pulak aku menaip di sini. Napa aku tak rajin pulak nk menaip assignment aku -,-' 

Actually, aku sebenarnya tengah berperang dengan perasaan. lol.Somehow, i always think i'm a bit complicated. Susah jugak. Heh. At some point, rasa benda ni mcm ok. Tapi lama lama rasa hazab pulek T.T

Ok, macam ni. Aku dikenali sebagai manusia yang agak picky, systematic and laju. Aku pon tak tau dari mana aku ada penyakit ni. Tapi bila aku bersiap, aku la manusia yang paling lambatnya .LOL. But when it comes to work, it just like somebody has tuned me to the most picky person on earth. LOL. Jadinya, bilamana aku buat assignment bersama orang lain, aku menghadapi masalah dan mencabar kesabaran aku. Disebabkan aku bukanlah orang yang sabar, kiranya ni mcm jihad aku jugak la.haha.

Situasi dia macam ni. Bila aku buat apa apa, aku akan plan dulu. kalau tak boleh bertulis, dalam kepala aku mesti sudah ada clear visual apa yang aku nak. Tak kisah la, kalau aku perlu merancang masa aku bawa moto sekali pon. -.-' Don't ever invite me for discussion if you have nothing in your mind or plan to do. Seriously, i can't. Kalau tak faham, tu lain. Tapi kalau asyik mengharap disuap. Seriously aku tak boleh.*now you can see how complicated i am*. Aku bukanlah fast learner, tp aku tak suka ada feeling -just too stupid to understand- or -not ready-. So, aku akan belajar dulu, sebelum aku berjumpa sesiapa. Dan aku sendiri jarang berjumpa pensyarah aku dengan kepala hotak kosong. Tanpa sedikit revision.  Tp dua tiga menjak ni, aku kerap berjumpa dengan manusia yang asyik minta disuap. Disebabkan aku di dalam fasa, "sabarlah-sudah tua mahu marah marah- makanya, hangin jugak satu badan.hahahaha


Seriously, kadang-kadang, aku rasa annoying, kalau berjumpa dengan orang yang lenggang kangkung, lepas tu tanya 'so nk buat apa? atau 'nk tiru' atau 'aku ikut je'. Seriously, rasa nk penampar ja. hahahaha. Dan rasa nk marah jugak, bila datang konon perbincangan ilmiah, buku tak da, kertas tak da, pen pon tak da. T.T. Sebab tu aku sentiasa mengelak untuk buat discussion. Sebab konsep discussion tu bukan satu kepala ja pong pang, tp SEMUA. Aku berterima kasih dekat cikgu sekolah menengah aku, sebab cikgu aku kata, kalau ramai ramai belajar, dia akan jadi KARUT. Discussion ni semua kena involve. AND I FOUND THIS SO TRUE.


Tapi tu la, di usia macam ni, aku cuba untuk tolerate dengan benda benda macam ni. Seriously, aku mmg manusia yang sanggup la buat sendiri, dari aku bersama atau tengok orang buat kerja macam tahi depan aku. -.-'  


Sebenarnya, aku bukan cemerlang pon. Tapi aku selalu percaya tentang ADAB MENUNTUT ILMU.  ALLAH bagi pada orang yang rajin berusaha. Tapi, kalau semua asyik harap orang, tak payah mimpi la nk dapat apa apa.  Dan ilmu tu cahaya, dia tak kan masuk pada hati hati yang gelap. Ilmu ni kena kongsi, bukan simpan sendiri. Tapi kalau berjumpa dengan orang yang kerja meniru ja, jangan bagi. Tapi ajar. 


So, this posting nanti mesti akan ada orang kata, puihhh belagak. Macam la pandai sangat. Who care? :p I might not excellent, but i know how struggle i am to move from ordinary Emma, to whoever i am today. Bukanlah nak dapat A je dalam hidup. Tapi keberkatan dalam setiap ilmu yang kita dapat tu, itulah yang paling utama.  


Ingatlah, yang orang berilmu memang ALLAH dah letak tinggi dalam Al Quran. Dan untuk jadi berilmu ni, bukan dengan cara haram. Biarlah di jalan yang ALLAH redha.

Kenapa aku jadi complicated dan tak boleh terima orang yang terlalu harap disuap?
Sebab, bila aku menuntut ilmu, kalau aku tak faham, ya, aku akan GOOGLE. Kalau aku tak faham jugak, aku akan tanya kawan kawan aku. Aku akan terus bertanya. Kalau aku tak faham jugak, aku akan minta tolong pensyarah aku. Aku TAK PERNAH BACA NOTA SEKALI. Tapi sentiasa melebihi 3 kali. Malah, kadang kadang lebih. Sebabnya, aku bukanlah yang jenis sekali baca, terus faham terus. Nope.  Kadang-kadang, aku duduk di bilik air, dapur, atas moto, kedai, ada masa aku recall balik apa aku belajar. haha. *sejenis manusia yang tak boleh move on selagi tak faham*. Biasanya, aku akan struggle sendiri sebelum asking for help. *Pegang prinsip ALLAH bagi lebih pada orang yang rajin tadi*. So, bila aku perlu berhadapan dengan orang yang asyik minta disuap, aku cepat frust.  Jadi, aku masih lagi terfikir, adakah aku terlalu complicated atau mereka yang terlalu mahu segalanya mudah? T.T Semoga ALLAH menjadikan aku antara hamba hamba Dia yang sabar. 
Amin.



Ilmu ALLAH itu luas,
Kejarlah dengan cara bertauhid Dia,
Jika tidak cemerlang di dunia,
Doalah agar cemerlang di sana.









Tuesday, March 29, 2016

Kita expect diberi tahi, rupanya dia memberi minyak wangi!

Salam alaik semua orang!! Nampak dak.. ibarat mendapat hidayah weh.. rajin pulek menaip di sini walhal assignment telah meronta-ronta minta didodoikan. Tskkk.

So, what happen today? Ibarat terjaga dari lena, zasss diriku ke library UKM sedaya mungkin cuba siapkan assignment aku untuk subjek Pengurusan Sumber Manusia dalam Pendidikan. Sebenarnya, aku tak rajin pon, tapi memikirkan 9 buku aku yang aku pinjam dah nk expired, ku gagahi jua laa. sebab nk renew balik -.-'  So, dh alang alang aku kat situ, buat je la tugasan aku tu. Aku ambik port paling awesome sekali, iaitu "Bilik Senyap". Sesuai dengan diriku yang mudah naik hantu bila terdengar gadis gadis dan abang abang merenyam di library. Hoi, i cannot tolerate with this. Pantang sungguh aku kalau manusiawi pergi ke library cuma untuk bermain mata (moga ALLAH ampunkan aku sebab masa aku dkt Poli dulu, aku pernah dating sekali dalam library dengan abg Pusat Islam- sampai terlambat masuk kelas. Bukan dating pon, mamat tu nk ajak aku Usrah ke apa menda tah. Nasib ditemani bff ku). So bila dah besar-besar ni, terus rasa sangat tak berakhlak kalau ke library untuk merenyam -,-'

Masa dkt library tu, aku dapat rasakan akulah siswazah yang paling sendu sekali. Dengan penuh buku di kiri kanan nak bawa balik (habit aku untuk ada buku, baca ke tak belakang kira. lol). So, masa nk renew balik buku aku tu, aku ke kaunter. Kepala otak aku mmg set, heh jaga kaunter ni kompem jenis kekwat. selalu mcm tu.  kompem jenis layan  nak tak nak je. Dasar pemalas. Nak nak pulak jam dah dekat 4.30 petang. sibuk nak balik letewww.  Tapi tak sebegitu weh. Masyaallah. HAMBEK!!


Yang jaga kaunter tu perempuan- dalam 23-25 mcm tu umur.
Terjaga aurat dan muka yang lembut. Setiap kali dia scan buku aku tu, setiap kali jugak dia senyum dekat aku. Dan bercakap dengan nada yang rendah dan penuh lembut. Tak da pulak aku tengok dia rush ke apa. PLUS, offer lagi nk tolong aku. Perhhh, masa tu rasa mcm kena smash! APA! KO INGAT SEMUA ORANG JAGA KAUNTER TU SEMUA SUKA BAGI TAHI KE? ADA JE YANG OFFER MINYAK WANGI OI! Hanya kerana kita pernah dilayan teruk di kaunter-kaunter perkhimatan, habis semua di cop sama! (Semoga ALLAH mengampunkan kita).T.T


Setel ja semua urusan aku, aku ucapkan terima kasih dekat dia. Tapi sepanjang jalan tu, aku terfikir.Haih.. keji rasa diri.  We tend to have a bad perception to the strangers cause of our insecurity. Walhal, kita sentiasa diajar untuk bersangka baik. Dari situ jugak la aku terfikir, which level i am actually?  Yang jenis cepat sahaja menghukum atau jenis tenang dan redha dalam segala hal ? Definitely, i'm worst at all.





Renung pada orang yang lebih baik
Baru kau tahu, betapa lompongnya dirimu!
Sesungguhnya ALLAH memberi peringatan kepada mu
dalam pelbagai keadaan.












Monday, March 28, 2016

I should start re blogging!







Salam alaik chuols. Masyaallah, kira mmg dekat setahun baru aku nk update blog ni. sunguh lulz. HAHAH. Sejak sejak aku reset segala jenis setting blog ni, sungguh aku terasa sepi sekali blog ni. Nak cari followers pon dah tak reti. lolz.

So for almost a year, apa menda yang aku buat? (who care?) :P Busy  kot. Assignment mencurah curah di ladang gandum. Syahdu betul rasa.

2015, rasanya too many things that I've learned. Friendship, career, education and etc. But the most significant was about my education. Crawling from failed and reset my goal back! I still can remembered that feeling when i got my Master result when i was at UiTM. 4 subjects taken (supposed to be 3 only, but one accidentally been registered by that so 'kindful' clerk. lol). I got 3A's but failed for that particular subject). I cried badly, as the result kicked me out from UiTM. T.T. Tp ALLAH Maha Tahu. I should feel that failed feeling. As i never got C or B- in all my universities studies. So ALLAH bagi rasa sekali weh failed tu rasa apa. Sumpah rasa teruk. Lagi lagi bila engko tak ambik pon subjek tu. Motivation down ke paras loji najis *hyperbola*.

But still, as my passion is in education,so berbekal duit gaji, aku apply UKM (tanpa malas lagi nk fight on that thing). And horeyyyy, i got it baby! My first semester was so smooth and i really enjoyed being there. Percaya atau tidak, ALLAH ganti lebih dari tu.

My result was so bombastic compared to the last semester (i mean when i was at UiTM ). And the best part when i managed to score A for one of the killer subject - where it's really rare for student to score A on that part - Research Methodology :D. My friends text me, asking me "betul ke dapat A? Betul ke dapat A? On that time, tetiba terasa mcm genius pulek.lulzzzzzzzzz. Indeed, ALLAH IS GIVING HIS GOOD IN WHATEVER HE TESTS YOU!


So, for this second semester, my supervisor still asks me either i still interested to continue PHD under his supervision. Masyaallah. That offer is great, tp tu la. So many obstacles. Financial part is the one. Dan dalam kepala aku pon terfikir, woiii bila nak kawen cm ni. asyik belajar ja. hhaha. so i decided to finish my Master first, settle down and baru fikir hal hal sedemikian. Aku bukan apa, kesian pulekkk kalau tetiba hantaran aku mahal nanti. EH. HAHAHA




You know, i live my life happily. I'm grateful for what I've had in life. At this age, i stop comparing, i stop for being jealous to my friend's nikmat. All i do is appreciate every moments that i have now. Dulu-dulu rasa cemburu tengok kawan-kawan lebih berjaya, but now, rasa thankful as i don't know what they have been through before.


ALLAH bagi kita kawan yang boleh gelak masa kita susah,
sebab DIA nak sedarkan kita,
yang DIA ada lebih dari kawan kawan kita.
ALLAH nak kita sentiasa fikir,
DIA tak kan uji melebihi kemampuan,
dan DIA memberi sedikit untuk kita sentiasa merasa cukup.



Forget who you are 5 years back then,
You're incredibly hero today.