Monday, September 26, 2016

Culture

Assalamualaikum.
 
Lamanya tak update blog. Ni blog ke harta karun? LOL.
Jadi, sebelum aku mula menulis thesis aku, jadi, aku rasa ok baiklah marilah aku update di sini dulu. Sebagai tanda blog ini masih wujud. Sekali sekala menjadi rajin :D

Hari ni tiba-tiba rasa macam nak update tentang 'culture' -Budaya. Dengar macam woiii topik apa benda kau masuk dalam blog. Berat sangat untuk dihadam ni. Kah kah kah. Tak la, sebenarnya aku nk share ni. Tentang budaya orang dan budaya kita. :D 

Al kisahnya, beberapa hari lepas, aku diajak oleh AF untuk ke shopping mall. Jadi, sementara tunggu lif buka untuk naik ke atas, aku pon macam biasa. Mata meliarrrrr. Masa ni AF pergi dekat kereta. Entah lah, aku pon tak pasti kenapa. Terlalu cepat aku terlupa dek kerana telah telan semut berkilo kilo banyak nya. LOL.  So, dalam masa tunggu lif tu, aku mmg nampak ada foreigner- orang arab,  (bapak dan anak perempuan), tengah kalut cari kereta. READ: Lif dekat pintu utama, area parking. Aku perhati ja. Dan seperti kebiasaan, anak anak kecik gemar untuk buat eye contact dengan aku. Dan gemar juga untuk bergurau dengan aku. Tak ketinggalan anak pak arab ni. Entah, mungkin aura mak mak lagi penyayang ada dalam diriku. kah kah kah hashtag feeling very the angel sangat! So, aku pon tengok la anak orang arab ni dari jauh. Sambil usha bapak dia kelam kabut cari kereta. Anak perempuannya ni jalan relax2 je. Sambil toleh ke aku (so dia toleh belakang la). Aku haruslah tengok. Sebab aku suka kalau jumpa anak anak yang lawa ni, sambil dalam hati-ya allah, minta anak aku segak macam ni. HAHAHA. Ye, mmg aku selalu doa macam tu kalau jumpa anak anak orang arab :D
Mana tau kot nanti anak aku kemain woww antiknye, walau mak bapak begitu desa wajahnya. kah! who know kan? ALLAH punya kuasa :D 

ok sambung. 
So, si bapak ni cari tak jumpa. Aku syak silap basement. So masa ni pintu lif aku tak buka lagi. Tergopoh la si bapak ni nak masuk mall balik. Dan nak ke lif bersama aku. So, disebabkan anak dia tak lepas tengok aku, dan bapak dia macam terlepas tangan si anak ni, dia terus bengang sebab anak jalan slow-slow. Tau apa jadi? Bersaksikan dua mata ku, anak perempuan yang tengah tenung aku dari tadi, terus ditampar dengan kuat sebanyak 3kali. Ya ALLAH. 

Masa ni aku dah rasa sebak sangat sangat dah. Kalaulah aku tak buat eye contact dengan budak ni. Masa tu one chinese dok tepi aku pon macam-oh my god, kenapa dia tampar? Kuat wooo. Terus budak tu nangis.  Aku macam krik krik krik. Macam, eh ko pehal, tak jumpa kereta nak hangin dekat anak pulak. Tapi dalam hati ja la berkata kata.

Kemudian, bapak, anak dan mak serta anak lelaki nya masuk mall dan berdiri tepi aku. READ: Mak dan anak lelaki mmg dalam mall tepi aku, dari tadi. So, budak perempuan tu terus nangis, dan bila dia pusing, dia terpandang aku. Terus senyap. Sambil buat eye contact lagi. Aku ni shock tak habis lagi. Masa tu AF dah datang, terus cakap "you, tengok orang arab ni, dia penampaq anak dia 3x. Anak dia dok tengok i td. Kesiannya". Pastu macam magik, budak tu terus ok je.  Terus AF cakap dekat aku.

"You, orang sana benda benda macam tu kan biasa. Dia ajar kasar kan". Aku pon masih jiwa kacau. Dalam hati, pehalll. Mana boleh pukul anak. Tak da la diajar untuk pukul mcm tu nk didik. Tapi, lama sket aku realize. Its a reality. Orang arab lebih kasar, gagah dan tegas. Maybe benda macam tu biasa kot. Masa aku di Tanah Haram dulu, diorang bawa kereta pon, umakkkk oiii jauh beza ngn orang kita. Takat cucuk2 sambil masuk tak bagi singal tu biasa. Marah jerit jerit tu biasa. Huwa huwa. 

Thats culture. Which is different dengan kita. Kita Malaysian, sangat santun. Apa kita buat masih lagi beradab, berlapik.

Ala, macam kau bengang bawa anak p kedai lepas tu tak dengar cakap terjerit-jerit, tak da kau nak tampar depan orang. Tapi, diam diam kau ketamkan anak kau! Kah kah kah. Dan, banyak lagi yang santunnya. Macam bagi laluan dekat orang, dan sentiasa ramah! :D

Beza.  

Lain tempat, lain budaya dia. Dan benda-benda mcam ni lah yang akan buat kita realize, "ooo..orang sini macam ni. orang sana macam tu..". Even orang Semenanjung Malaysia dengan Sabah Sarawak own different cultures kan :)

Tapi, dalam banyak banyak budaya, entah kenapa aku sangat mencintai budaya orang Korea dan Jepun. Kadang-kadang rasa macam nk buat research pasal ni. KAHKAH. Dan kalau duit berkoyan koyan, ingin sekaliku ke sana dan feeling kpop ! 

So, jangan la terkejut seperti diriku kalau tengok foreigner tiba-tiba perangai lain pada kita. Budaya dorang. Macam AbangLa, makan sireh dan meludah merata tu benda biasa bagi dorang. Dan bagi kita?

WOIIII NAK MAKAN SIREH MAKAN LA. LEPAS KUNYAH TELAN! JANGAN LUDAH LA WOIII! keh keh


Walau apa jua budaya yang didukung,
Teguhlah dikau agar tidak terpesong.
Tuhan jua yang perlu diagung,
Moga selamat engkau tak kosong.



No comments:

Post a Comment