Tuesday, March 29, 2016

Kita expect diberi tahi, rupanya dia memberi minyak wangi!

Salam alaik semua orang!! Nampak dak.. ibarat mendapat hidayah weh.. rajin pulek menaip di sini walhal assignment telah meronta-ronta minta didodoikan. Tskkk.

So, what happen today? Ibarat terjaga dari lena, zasss diriku ke library UKM sedaya mungkin cuba siapkan assignment aku untuk subjek Pengurusan Sumber Manusia dalam Pendidikan. Sebenarnya, aku tak rajin pon, tapi memikirkan 9 buku aku yang aku pinjam dah nk expired, ku gagahi jua laa. sebab nk renew balik -.-'  So, dh alang alang aku kat situ, buat je la tugasan aku tu. Aku ambik port paling awesome sekali, iaitu "Bilik Senyap". Sesuai dengan diriku yang mudah naik hantu bila terdengar gadis gadis dan abang abang merenyam di library. Hoi, i cannot tolerate with this. Pantang sungguh aku kalau manusiawi pergi ke library cuma untuk bermain mata (moga ALLAH ampunkan aku sebab masa aku dkt Poli dulu, aku pernah dating sekali dalam library dengan abg Pusat Islam- sampai terlambat masuk kelas. Bukan dating pon, mamat tu nk ajak aku Usrah ke apa menda tah. Nasib ditemani bff ku). So bila dah besar-besar ni, terus rasa sangat tak berakhlak kalau ke library untuk merenyam -,-'

Masa dkt library tu, aku dapat rasakan akulah siswazah yang paling sendu sekali. Dengan penuh buku di kiri kanan nak bawa balik (habit aku untuk ada buku, baca ke tak belakang kira. lol). So, masa nk renew balik buku aku tu, aku ke kaunter. Kepala otak aku mmg set, heh jaga kaunter ni kompem jenis kekwat. selalu mcm tu.  kompem jenis layan  nak tak nak je. Dasar pemalas. Nak nak pulak jam dah dekat 4.30 petang. sibuk nak balik letewww.  Tapi tak sebegitu weh. Masyaallah. HAMBEK!!


Yang jaga kaunter tu perempuan- dalam 23-25 mcm tu umur.
Terjaga aurat dan muka yang lembut. Setiap kali dia scan buku aku tu, setiap kali jugak dia senyum dekat aku. Dan bercakap dengan nada yang rendah dan penuh lembut. Tak da pulak aku tengok dia rush ke apa. PLUS, offer lagi nk tolong aku. Perhhh, masa tu rasa mcm kena smash! APA! KO INGAT SEMUA ORANG JAGA KAUNTER TU SEMUA SUKA BAGI TAHI KE? ADA JE YANG OFFER MINYAK WANGI OI! Hanya kerana kita pernah dilayan teruk di kaunter-kaunter perkhimatan, habis semua di cop sama! (Semoga ALLAH mengampunkan kita).T.T


Setel ja semua urusan aku, aku ucapkan terima kasih dekat dia. Tapi sepanjang jalan tu, aku terfikir.Haih.. keji rasa diri.  We tend to have a bad perception to the strangers cause of our insecurity. Walhal, kita sentiasa diajar untuk bersangka baik. Dari situ jugak la aku terfikir, which level i am actually?  Yang jenis cepat sahaja menghukum atau jenis tenang dan redha dalam segala hal ? Definitely, i'm worst at all.





Renung pada orang yang lebih baik
Baru kau tahu, betapa lompongnya dirimu!
Sesungguhnya ALLAH memberi peringatan kepada mu
dalam pelbagai keadaan.












No comments:

Post a Comment