Actually, aku sebenarnya tengah berperang dengan perasaan. lol.Somehow, i always think i'm a bit complicated. Susah jugak. Heh. At some point, rasa benda ni mcm ok. Tapi lama lama rasa hazab pulek T.T
Ok, macam ni. Aku dikenali sebagai manusia yang agak picky, systematic and laju. Aku pon tak tau dari mana aku ada penyakit ni. Tapi bila aku bersiap, aku la manusia yang paling lambatnya .LOL. But when it comes to work, it just like somebody has tuned me to the most picky person on earth. LOL. Jadinya, bilamana aku buat assignment bersama orang lain, aku menghadapi masalah dan mencabar kesabaran aku. Disebabkan aku bukanlah orang yang sabar, kiranya ni mcm jihad aku jugak la.haha.
Situasi dia macam ni. Bila aku buat apa apa, aku akan plan dulu. kalau tak boleh bertulis, dalam kepala aku mesti sudah ada clear visual apa yang aku nak. Tak kisah la, kalau aku perlu merancang masa aku bawa moto sekali pon. -.-' Don't ever invite me for discussion if you have nothing in your mind or plan to do. Seriously, i can't. Kalau tak faham, tu lain. Tapi kalau asyik mengharap disuap. Seriously aku tak boleh.*now you can see how complicated i am*. Aku bukanlah fast learner, tp aku tak suka ada feeling -just too stupid to understand- or -not ready-. So, aku akan belajar dulu, sebelum aku berjumpa sesiapa. Dan aku sendiri jarang berjumpa pensyarah aku dengan kepala hotak kosong. Tanpa sedikit revision. Tp dua tiga menjak ni, aku kerap berjumpa dengan manusia yang asyik minta disuap. Disebabkan aku di dalam fasa, "sabarlah-sudah tua mahu marah marah- makanya, hangin jugak satu badan.hahahaha
Seriously, kadang-kadang, aku rasa annoying, kalau berjumpa dengan orang yang lenggang kangkung, lepas tu tanya 'so nk buat apa? atau 'nk tiru' atau 'aku ikut je'. Seriously, rasa nk penampar ja. hahahaha. Dan rasa nk marah jugak, bila datang konon perbincangan ilmiah, buku tak da, kertas tak da, pen pon tak da. T.T. Sebab tu aku sentiasa mengelak untuk buat discussion. Sebab konsep discussion tu bukan satu kepala ja pong pang, tp SEMUA. Aku berterima kasih dekat cikgu sekolah menengah aku, sebab cikgu aku kata, kalau ramai ramai belajar, dia akan jadi KARUT. Discussion ni semua kena involve. AND I FOUND THIS SO TRUE.
Tapi tu la, di usia macam ni, aku cuba untuk tolerate dengan benda benda macam ni. Seriously, aku mmg manusia yang sanggup la buat sendiri, dari aku bersama atau tengok orang buat kerja macam tahi depan aku. -.-'
Sebenarnya, aku bukan cemerlang pon. Tapi aku selalu percaya tentang ADAB MENUNTUT ILMU. ALLAH bagi pada orang yang rajin berusaha. Tapi, kalau semua asyik harap orang, tak payah mimpi la nk dapat apa apa. Dan ilmu tu cahaya, dia tak kan masuk pada hati hati yang gelap. Ilmu ni kena kongsi, bukan simpan sendiri. Tapi kalau berjumpa dengan orang yang kerja meniru ja, jangan bagi. Tapi ajar.
So, this posting nanti mesti akan ada orang kata, puihhh belagak. Macam la pandai sangat. Who care? :p I might not excellent, but i know how struggle i am to move from ordinary Emma, to whoever i am today. Bukanlah nak dapat A je dalam hidup. Tapi keberkatan dalam setiap ilmu yang kita dapat tu, itulah yang paling utama.
Ingatlah, yang orang berilmu memang ALLAH dah letak tinggi dalam Al Quran. Dan untuk jadi berilmu ni, bukan dengan cara haram. Biarlah di jalan yang ALLAH redha.
Kenapa aku jadi complicated dan tak boleh terima orang yang terlalu harap disuap?
Sebab, bila aku menuntut ilmu, kalau aku tak faham, ya, aku akan GOOGLE. Kalau aku tak faham jugak, aku akan tanya kawan kawan aku. Aku akan terus bertanya. Kalau aku tak faham jugak, aku akan minta tolong pensyarah aku. Aku TAK PERNAH BACA NOTA SEKALI. Tapi sentiasa melebihi 3 kali. Malah, kadang kadang lebih. Sebabnya, aku bukanlah yang jenis sekali baca, terus faham terus. Nope. Kadang-kadang, aku duduk di bilik air, dapur, atas moto, kedai, ada masa aku recall balik apa aku belajar. haha. *sejenis manusia yang tak boleh move on selagi tak faham*. Biasanya, aku akan struggle sendiri sebelum asking for help. *Pegang prinsip ALLAH bagi lebih pada orang yang rajin tadi*. So, bila aku perlu berhadapan dengan orang yang asyik minta disuap, aku cepat frust. Jadi, aku masih lagi terfikir, adakah aku terlalu complicated atau mereka yang terlalu mahu segalanya mudah? T.T Semoga ALLAH menjadikan aku antara hamba hamba Dia yang sabar.
Amin.
Ilmu ALLAH itu luas,
Kejarlah dengan cara bertauhid Dia,
Jika tidak cemerlang di dunia,
Doalah agar cemerlang di sana.