Friday, October 20, 2017

Dalam Pahit Ada Manis


Assalamualaikum..
Lamanya tak menulis kat blog ni.  Bersawang rasa. Haha.  Lama tak menulis ni bukan apa, dulu aku sibuk habiskan Master, tekejar-kejar buat paper. Sekarang, aku dah ada kehidupan baru. Jadi, bertambah-tambah sibuk. Sekarang, ada masa terluang, tiba tiba rindu nak menulis. haha Alhamdulillah, di usia 27 tahun, aku dah pon selamat berkahwin dengan lelaki pilihan hati aku. Kehidupan aku, Alhamdulillah lebih baik, lebih tenang dan sederhana. Tapi cukup lah untuk aku katakan, perkahwinan banyak mendekatkan aku pada Sang Pencipta. Dari seorang perempuan yang kurang sabar dan terburu-buru, aku menjadi lebih sabar, tabah dan rasional dalam menghadapi ujian hidup.  58 hari sebelum tarikh akad nikah, aku dan suami (Mr. AF) diuji dengan sangat hebat.  Cerita dia macam ni: (sound effect lagu sedih.lol).

07/05/2017
Kami berdua ambik kad kahwin di Printing Xpert Shah Alam. Kemudian, makan makan, enjoy dan balik rumah masing-masing.

08/05/2017
Lebih kurang jam 8.30 pagi, aku dapat satu miscall dari nombor ofis.  Dan ada juga nombor dari AF. Aku dah mula rasa pelik. Sebab kami berdua bukanlah orang yang suka cakap phone pagi-pagi. Selalunya, ada benda tak best saja akan buatkan ada call dari AF seawal mungkin. Aku jadi bedebar. Call kedua dari AF, tetap aku biar. Sesungguhnya aku betul-betul rasa tak sedap hati. 5 minit kemudian, aku return call AF. Tepat seperti apa aku fikir. AF kemalangan. ALLAH. Makin panik aku. Dalam keadaan pantas, AF pesan pada aku "Jangan fikir bukan-bukan, B accident. Apa-apa terus datang Hospital Shah Alam". Dan aku cuma sempat cakap "ALLAH".  Dan talian dimatikan. Aku panik. Sedih. Segalanya.  Tak lama kemudian, aku dapat 1 call dari ibu mertua aku. Menangis tersedu sedan maklumkan aku yang AF kemalangan. Pada masa tu, ibu langsung tak dapat bercakap dengan AF, kerana pihak bomba yang call. Jadi, ibu langsung tak tahu samaada AF hidup atau mati. Dan aku khabarkan, aku baru saja dapat bercakap dengan AF. Dia sedar pada waktu tu. Keadaan menjadi sediki terkawal. Pada hari tu, aku sorang di rumah. Aku buntu, siapa nk bawa aku jumpa AF? Aku call Marzini (Kawan waktu aku bekerja di Kementerian Kewangan) untuk tolong aku. Dan sebagai kawan baik, Marzini pastinya tak ada apa-apa masalah untuk bawa aku. Tapi waktu tu, Marzini ada meeting, aku perlu tunggu sedikit masa. Aku tak dapat tahan lebih lama. Aku contact Tikah (Kawan baik aku sejak Politeknik) sebab dia paling dekat dengan aku masa tu. Dan dia bawa aku ke Shah Alam.  Sampai ja di Zon Kuning, aku tengok AF tersadai. Sedih. ALLAH saja tahu. Dan dokter maklumkan aku, dia patah di kaki. Patah pada 3 bahagian, dan kecederaan teruk di tempurung lutut.  Tak tergambar rasa sedih aku, tapi aku tetap bersyukur, AF hidup. Dan aku stay di Hospital Shah Alam untuk uruskan AF.  Aku betul-betul berterima kasih pada Tikah sebab tolong aku masa tu. Dan dia balik sorang diri lepas hantar aku  T.T

Pada hari tu, macam-macam aku perlu uruskan. Sebab kebetulan hanya ada aku masa tu. Dalam keadaan macam tu, AF hanya ulang cakap untuk kahwin dengan aku secepatnya. Entah, apa dia fikir, aku pon tak pasti. Bila dah masuk ward, dokter pakaikan pemberat pada kaki AF.  Di buku lali. Kira tebuk kiri kanan la. Sedih, tak tahu nk cakap macam mana. Kemudian, malam tu AF sesak nafas, semua dokter bertugas masa tu terus dapatkan dia. Dia dipakaikan oxygen. Gila, aku hampir meraung masa tu.  Aku dimaklumkan waiting list untuk major operation adalah 2 ke 3 minggu. Tapi aku perlu jadi bijak sebab AF juga tidak boleh untuk tidak stabil kerana akan menjadi lagi worst. Aku buntu. Hampir saja aku dan AF untuk buat keputusan ke Hospital swasta, tapi ALLAH lebih tahu. Operation AF dipercepatkan iaitu pada 23/5/2017.

23/5/2017
AF di tolak masuk ke bilik bedah selepas subuh.  Sebelum dia masuk, kami sempat berpesan-pesan bahawa kami saling kasih dan teramat sayang. Aku teramat amat takut masa tu. Aku, ibu dan nenek, masing-masing tunggu di surau. Semuanya resah. Kemudian lebih kurang jam 4.45 ptg,  nenek masuk ke wad. Dan tak lama kemudian, AF ditolak masuk. AF maklumkan pada nenek, dia nak jumpa aku. ALLAH, beremosi aku saat tu. Kemudian, AF minta panggilkan ibu. Akhirnya, cukup lah kami bertiga di sisi dia. Waktu tu, adik AF di UiTM lagi. Tak dapat cuti.

Awal Jun 2017
Sel darah merah AF drop. Kiraan hemoglobin adalah 7 sahaja. Jadi, dia perlu di tambah darah. AF tidak kelihatan seperti dulu. Dia kurus, pucat, dan kekuningan. Sedih yang teramat. Pada waktu tu, aku mula rungsing, tarikh nikah makin hampir, dan aku sendiri tidak pasti dapatkah AF memakai baju nikah dan sanding? Plan kami semuanya telah hancur. AF tidak fitting baju sanding langsung. Hanya baju nikah sahaja pernah dicuba. Kerana baju tu kami beli. Aku jadi sangat tertekan. Dalam keadaan kaki dia bersimen, bolehkah dia pakai baju baju nikah dan sanding?T.T

30/06/2017
AF sampai di homestay yang kami book. Wajahnya pucat. Kelihatan kurus kering. Kakinya kejung. Hibanya aku. Aku menitis air mata melihat AF. Mungkin kerana dulu, dia sihat dan gembira, tapi keadaan menjadi sangat pilu. Semua yang melihat AF pada waktu tu menangis. Lebih-lebih lagi mak aku dan kakak-kakak aku. AF terus capai baju nikah, dan sandal yang aku beli. Kami tawakal kiranya baju tak boleh dipakai. Tapi ALLAH Maha Kasih. Semuanya ok:)

01/07/2017
Hari pernikahan kami. Ketika aku melangkah masuk ke Masjid Tambak Bunga, Alor Setar, AF senyum pada aku. Dia duduk di kerusi dengan kaki terlunjur. Lengkap dan segak berbaju melayu putih.  Alhamdulillah, lebih kurang jam 6.15 ptg, kami selamat menjadi suami isteri. AF menangis penuh kesyukuran. Tapi tidak untuk aku. Sebab aku betul betul sakit hati Tok Imam lupa majlis kami. Sepatutnya majlis akad adalah pada selepas Asar dalam 4.30 petang. Tapi mejadi amat lambat dan AF diminta begerak ke arah Imam sendiri. Sedangkan dia sangat uzur waktu tu.  Aduh, aku betul-betul sakit hati.

Di awal perkahwinan ni, aku sendiri tidak pernah ke mana-mana dengan AF, lebih kepada menjaga dia sakit. Untuk ke tandas, solat, makan, mandi, ahh semua lah. Mula-mula rasa penat, sakit hingga ke tulang belakang. Tapi lama-lama, rasa sado.  Hari ni, 20/10/2017, dah dekat 3 bulan lebih kami jadi suami isteri, AF pon dah diberi izin untuk tak guna tongkat sejak semalam. Alhamdulillah.


Setiap kali aku buat apa apa, aku mesti akan ingatkan diri aku, jaga suami, dapat pahala. Mesti Allah bagi rezeki pada aku apa apa. Kalau suami redha, aku paling untung. Dan aku bersyukur, sebab AF ada kata pada aku, ALLAH akan senangkan aku, kalau aku senangkan dia.


Dan yang paling bahagia, aku dah dapat kerja.  Selain tu, aku dah tamat Sarjana Pendidikan aku. Alhamdulillah. Berkat jaga suami aku kira:)

Disebabkan aku happy, nah aku persembahkan gambar-gambar masa wedding aku.  Gambar masa akad nikah, tak ada. Sebab handphone dah format T.T

Tetamu mula menyantap. Macam-macam menu. Katering pon sponser sebahagian waktu majlis. Alhamdulillah.

Geng Marhaban Pendang. Ayah yang uruskan. Terima kasih ayah.hehe PA system pon pakai ayah punya. Jimat. haha

Bersama Malul, suami & anak anak. Mia (anak dia yang sulung) comey gila. Putih gebuuuu


Bersama Rogay (Kawan Politeknik), husband & anak dia. Anak dia mata warna brown. Baka elok elok . hahah

Bersama Shikin & family & Jat. Terima kasih ampaaaa. Kawan sejak sekolah Menengah. Selalu balik cuti lepak rumah dorang :p
Time ni la aku paling lawa aku rasa LOL. AF pon nampak hensem. Walau kaki bersimen dan lurus kejung ja. kah kah
Makan beradab. Sumpah stress. Sebab kena belakon suap menyuap. KAH KAH. Nenek (tudung kelabu) tengok ja aku dan AF. Ibu mertua pon tergelak. Tapi makan tetap makan :p

Adik beradik ku. Termasuk ipar duai. Sebenarnya missing abang ipar nombor 2. Nak upload tak lepas pulak gambar semua lengkap. ishhh

Keluarga sebelah AF. Sepupu sepupu :)


4 kakak, seorang adik. Ni la teman bertekak berkasih sayang aku.  hehe

Semua jenis gila-gila. Tak boleh cover. haha

Aku dan suami. Tak sempurna di hari bahagia bagi orang lain. Tapi cukup sempurna di mata aku :) AF tersenyum untuk kesekian kalinya. Bermula di majlis akad nikah, sanding dan hari hari seterusnya. hehe


Semoga, ALLAH terus memayungi aku dengan rahmah.
Dan menjadikan aku sebaik-baik isteri dan menjadi solehah.
Perjalanan hidup kita semua tidak sama,
ALLAH mengetahui segalanya.

Bersyukur sebanyaknya.
Redha lah sepenuhnya.



























No comments:

Post a Comment