Monday, October 23, 2017

Merawat Chicken Pox :Cacar Air

Assalamualaikum...

Hari ni rasa nak share petua merawat cacar air. Rajin kan aku? Tiba-tiba share bab kesihatan. hahaha Sebabnya, ramai kenalan terdekat yang kena cacar air baru-baru ni. Jadi, aku rasa macam apa salahnya aku share ilmu tentang petua merawat cacar air. Lagipun aku tengah kumpul mood rajin menulis blog balik. Muahahah

Ok, cacar air ni bahasa pasar nya adalah chicken pox (well, kita kan omputehhh) LOL.
Ianya disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit (Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia). Kalau terkena chicken pox kita selalu dengar keluarga kita akan suruh kita duduk jauh-jauh. Takut berjangkit. YA!IA TEPAT. DAN BENAR SEKALI. Sebab pesakit yang disahkan ada chicken pox sebaiknya perlu dikuarintin kerana virus boleh merebak. Cara dia merebak adalah dengan cara sentuhan, atau titisan cecair (biji biji campak) daripada pesakit.  Rebakan juga terjadi melalui pakaian atau tuala dari pesakit. So, sebaik nya jangan share la kan masa dia sakit tu..

Semua orang boleh kena chicken pox . Kanak-kanak dan orang dewasa. Tetapi ia menjadi lebih teruk kalau orang dewasa yang terkena.  Kebiasaannya, pesakit yang terkena chicken pox  akan:
  • Demam, rasa tidak sihat & letih 
  • Naik ruam yang kecik dan gatal (macam jerawat tapi berair jernih di dalam) dekat semua badan termasuk mulut. 
  • Sakit kepala & mata
Ok, yang tak bestnya,  chicken pox ni mmg akan buat badan rasa gatal, miang, tergaru-garu  rasa demam on off. Memang tak selesa. Selalunya dokter akan bagi ubat anti-viral, antibiotik, panadol dan calamine lotion untuk sapu dekat rumah. Kadang-kadang bergantung pada tubuh seseorang tu. Ada yang sekejap ja baik. Ada yang kemain lama nak kurang demam pon.

So, hari ni aku nak share petua orang dulu-dulu nak merawat chicken pox.  Dan ni juga aku share disebabkan ramai rakan terdekat yang suggest dulu. Sebab aku ada experience kena chicken pox berkali-kali walau aku tau orang kata seumur hidup mesti kena sekali ja. LOL. Tapi aku pon tak tau kenapa aku kena 2x T.T Dan, suami serta kakak aku juga pernah kena  chicken pox yang serius T.T Petua ni sangat mujarab bagi aku dan kawan-kawan yang pernah cuba. Alhamdulillah. (Petua ni sampingan ja. Ubat dokter jangan stop ok).

Disclaimer: This is based on my experience & through reading. I am not responsible if this doesn't work to you.

Petuanya:
Aku kategorikan kepada 2 ja la. 
1: Nak turunkan suhu demam
2. Nak kurangkan miang-miang  chicken pox

1. Turunkan suhu demam dengan daun semambu

Daun semambu ni aku tak pasti apa nama saintifik dia. Tapi ada sesetengah orang panggil daun mambu. Pokok dia memang tinggi.  Rupa dia macam ni:

Daun Semambu (Credit:Google)
So, kalau korang rasa macam tak pernah tengok rupa daun ni, aku suggest untuk klik dekat google dan tenung lama-lama pokok dan daun dia. So bila dah cam, terus g cari. hahaha Sebab  daun ni sangat sangat bagus untuk bagi badan sejuk. Kalau tak kena  chicken pox pon, tapi anak demam panas, boleh ja guna daun ni. Cara untuk guna daun semambu ni ada 2, pertamanya, buang semua ranting dan ambik daun, kemudian letak di dalam timba/besen/kolah dan rendam dengan air.  Sehari semalaman lagi bagus. Sebab air tu akan jadi sejuk. Tapi hari tu aku rendam sepanjang tempoh aku demam  chicken pox, so aku mandi guna air tu.  Sebab aku suka bila air tu sejuk dan buat aku hilang miang tu. Oh lupa nak cakap, mandi ja sekali daun-daun tu. Sambil mandi tu Selawat, mula dari tapak kaki dan naik hingga kepala, sambil tepuk ubun ubun pelan-pelan. Niat dalam hati nak bagi lega demam. Insyaallah. Kedua, daun ni buat letak bawah tempat tidur. Cara dia, letak ja sekali ranting atas tilam. Kemudian lapik la dengan selimut atau alas tilam tu. Tak da la engko tidur beralaskan daun. lol Secara saintifiknya aku tak tau kenapa berkesan dia hilangkan miang, tapi menjadi weh.hahahaha

2. Kurangkan miang-miang  chicken pox dengan sabun dan bedak

Ok, kalau duduk di kota raya, susah gila nak dapat daun semambu tu. So fortunately  sabun yang memang diperbuat daripada daun semambu dan hasil dia sama bagus untuk hilangkan miang. Tapi tak da la boleh turunkan suhu demam. Engko jangan la tetiba bajet sabun boleh jadi ubat demam pulak. ahhahaha Sabun ni memang tak wangi. Bau daun je. Dan kalau ko nak guna untuk harian, entah la. Aku tak sanggup sebab tak wangi. hahaha tapi kalau yang jenis cepat gatal berpeluh tu silalh guna sabun ni yang awesome gila:

Sabun Medimix dengan pelbagai lagi daun daun lagi selain daun semambu
(Credit:Google)

Sebenarnya ada banyak brand, tapi aku prefer yang ni. Dulu, aku beli di kedai India di Kajang. Susah nak jumpa di kedai biasa. Tapi memang banyak di kedai-kedai India sebab ni sabun Herba. Tapi sekarang, aku dah pernah terjumpa dekat shopping complex. So mudah dah la nak beli. Tak mahal pon. Bawah Rm5.00. Kalau tak silap aku la.hahahah Seriously memang bila mandi tak wangi pon. Tapi lepas tu badan rasa tak gatal-gatal. Fuhhh. Best. Sebab aku dulu tak suka pakai Calamine Lotion, dia jadi melekat kat kulit. Susah nak sental. Dah la berbiji ruam tu. Aku jadi tak selesa. Lagipun bila air biji tu pecah, dia akan merebak. Sebab tu aku suka pakai sabun ni untuk hilangkan gatal-gatal. Silalah cuba.hehehe

Selain daripada tu, aku juga guna bedak untuk kurangkan gatal-gatal tu. Bedak ni dulu murah je. Tapi sekarang dah mahal. wakakakak


Bedak Agnesia (Ada Jual dekat Mydin)
Credit: Google


Bedak Agnesia ni last aku beli harga RM6.90. Bedak ni pon tak wangi juga. kah kah kah. Bedak ni ada antiseptic, so memang buat rasa selesa. Selain daripada bagus untuk orang yang kena Chicken Pox ni, bedak ni amat digalakkan untuk pakai pada anak-anak kecil yang tengah nak membesar tu. Sebab dorang kan kuat berpeluh, bermain ibarat tiada hari esok. hahaha. Mak-mak yang mencari ubat/cara untuk hilangkan ruam merah kat bontot anak tu, boleh lah pakai ni. Insyaallah berkesan.

So, tu ja la cara untuk merawat chicken pox.  Kalau rasa macam dah tak tau apa lagi nak buat, boleh lah guna petua yang aku bagi ni. heheh. Tapi jangan buat gila langsung tak nak consult dengan dokter pulak. Ubat dokter pon kena jugak ok. Kalau rasa teruk sangat, cepat-cepat jumpa dokter balik. Sebabnya, penyakit chicken pox ni bahaya dan boleh bawa maut.

Semoga bermanfaat!

:D














Friday, October 20, 2017

Dalam Pahit Ada Manis


Assalamualaikum..
Lamanya tak menulis kat blog ni.  Bersawang rasa. Haha.  Lama tak menulis ni bukan apa, dulu aku sibuk habiskan Master, tekejar-kejar buat paper. Sekarang, aku dah ada kehidupan baru. Jadi, bertambah-tambah sibuk. Sekarang, ada masa terluang, tiba tiba rindu nak menulis. haha Alhamdulillah, di usia 27 tahun, aku dah pon selamat berkahwin dengan lelaki pilihan hati aku. Kehidupan aku, Alhamdulillah lebih baik, lebih tenang dan sederhana. Tapi cukup lah untuk aku katakan, perkahwinan banyak mendekatkan aku pada Sang Pencipta. Dari seorang perempuan yang kurang sabar dan terburu-buru, aku menjadi lebih sabar, tabah dan rasional dalam menghadapi ujian hidup.  58 hari sebelum tarikh akad nikah, aku dan suami (Mr. AF) diuji dengan sangat hebat.  Cerita dia macam ni: (sound effect lagu sedih.lol).

07/05/2017
Kami berdua ambik kad kahwin di Printing Xpert Shah Alam. Kemudian, makan makan, enjoy dan balik rumah masing-masing.

08/05/2017
Lebih kurang jam 8.30 pagi, aku dapat satu miscall dari nombor ofis.  Dan ada juga nombor dari AF. Aku dah mula rasa pelik. Sebab kami berdua bukanlah orang yang suka cakap phone pagi-pagi. Selalunya, ada benda tak best saja akan buatkan ada call dari AF seawal mungkin. Aku jadi bedebar. Call kedua dari AF, tetap aku biar. Sesungguhnya aku betul-betul rasa tak sedap hati. 5 minit kemudian, aku return call AF. Tepat seperti apa aku fikir. AF kemalangan. ALLAH. Makin panik aku. Dalam keadaan pantas, AF pesan pada aku "Jangan fikir bukan-bukan, B accident. Apa-apa terus datang Hospital Shah Alam". Dan aku cuma sempat cakap "ALLAH".  Dan talian dimatikan. Aku panik. Sedih. Segalanya.  Tak lama kemudian, aku dapat 1 call dari ibu mertua aku. Menangis tersedu sedan maklumkan aku yang AF kemalangan. Pada masa tu, ibu langsung tak dapat bercakap dengan AF, kerana pihak bomba yang call. Jadi, ibu langsung tak tahu samaada AF hidup atau mati. Dan aku khabarkan, aku baru saja dapat bercakap dengan AF. Dia sedar pada waktu tu. Keadaan menjadi sediki terkawal. Pada hari tu, aku sorang di rumah. Aku buntu, siapa nk bawa aku jumpa AF? Aku call Marzini (Kawan waktu aku bekerja di Kementerian Kewangan) untuk tolong aku. Dan sebagai kawan baik, Marzini pastinya tak ada apa-apa masalah untuk bawa aku. Tapi waktu tu, Marzini ada meeting, aku perlu tunggu sedikit masa. Aku tak dapat tahan lebih lama. Aku contact Tikah (Kawan baik aku sejak Politeknik) sebab dia paling dekat dengan aku masa tu. Dan dia bawa aku ke Shah Alam.  Sampai ja di Zon Kuning, aku tengok AF tersadai. Sedih. ALLAH saja tahu. Dan dokter maklumkan aku, dia patah di kaki. Patah pada 3 bahagian, dan kecederaan teruk di tempurung lutut.  Tak tergambar rasa sedih aku, tapi aku tetap bersyukur, AF hidup. Dan aku stay di Hospital Shah Alam untuk uruskan AF.  Aku betul-betul berterima kasih pada Tikah sebab tolong aku masa tu. Dan dia balik sorang diri lepas hantar aku  T.T

Pada hari tu, macam-macam aku perlu uruskan. Sebab kebetulan hanya ada aku masa tu. Dalam keadaan macam tu, AF hanya ulang cakap untuk kahwin dengan aku secepatnya. Entah, apa dia fikir, aku pon tak pasti. Bila dah masuk ward, dokter pakaikan pemberat pada kaki AF.  Di buku lali. Kira tebuk kiri kanan la. Sedih, tak tahu nk cakap macam mana. Kemudian, malam tu AF sesak nafas, semua dokter bertugas masa tu terus dapatkan dia. Dia dipakaikan oxygen. Gila, aku hampir meraung masa tu.  Aku dimaklumkan waiting list untuk major operation adalah 2 ke 3 minggu. Tapi aku perlu jadi bijak sebab AF juga tidak boleh untuk tidak stabil kerana akan menjadi lagi worst. Aku buntu. Hampir saja aku dan AF untuk buat keputusan ke Hospital swasta, tapi ALLAH lebih tahu. Operation AF dipercepatkan iaitu pada 23/5/2017.

23/5/2017
AF di tolak masuk ke bilik bedah selepas subuh.  Sebelum dia masuk, kami sempat berpesan-pesan bahawa kami saling kasih dan teramat sayang. Aku teramat amat takut masa tu. Aku, ibu dan nenek, masing-masing tunggu di surau. Semuanya resah. Kemudian lebih kurang jam 4.45 ptg,  nenek masuk ke wad. Dan tak lama kemudian, AF ditolak masuk. AF maklumkan pada nenek, dia nak jumpa aku. ALLAH, beremosi aku saat tu. Kemudian, AF minta panggilkan ibu. Akhirnya, cukup lah kami bertiga di sisi dia. Waktu tu, adik AF di UiTM lagi. Tak dapat cuti.

Awal Jun 2017
Sel darah merah AF drop. Kiraan hemoglobin adalah 7 sahaja. Jadi, dia perlu di tambah darah. AF tidak kelihatan seperti dulu. Dia kurus, pucat, dan kekuningan. Sedih yang teramat. Pada waktu tu, aku mula rungsing, tarikh nikah makin hampir, dan aku sendiri tidak pasti dapatkah AF memakai baju nikah dan sanding? Plan kami semuanya telah hancur. AF tidak fitting baju sanding langsung. Hanya baju nikah sahaja pernah dicuba. Kerana baju tu kami beli. Aku jadi sangat tertekan. Dalam keadaan kaki dia bersimen, bolehkah dia pakai baju baju nikah dan sanding?T.T

30/06/2017
AF sampai di homestay yang kami book. Wajahnya pucat. Kelihatan kurus kering. Kakinya kejung. Hibanya aku. Aku menitis air mata melihat AF. Mungkin kerana dulu, dia sihat dan gembira, tapi keadaan menjadi sangat pilu. Semua yang melihat AF pada waktu tu menangis. Lebih-lebih lagi mak aku dan kakak-kakak aku. AF terus capai baju nikah, dan sandal yang aku beli. Kami tawakal kiranya baju tak boleh dipakai. Tapi ALLAH Maha Kasih. Semuanya ok:)

01/07/2017
Hari pernikahan kami. Ketika aku melangkah masuk ke Masjid Tambak Bunga, Alor Setar, AF senyum pada aku. Dia duduk di kerusi dengan kaki terlunjur. Lengkap dan segak berbaju melayu putih.  Alhamdulillah, lebih kurang jam 6.15 ptg, kami selamat menjadi suami isteri. AF menangis penuh kesyukuran. Tapi tidak untuk aku. Sebab aku betul betul sakit hati Tok Imam lupa majlis kami. Sepatutnya majlis akad adalah pada selepas Asar dalam 4.30 petang. Tapi mejadi amat lambat dan AF diminta begerak ke arah Imam sendiri. Sedangkan dia sangat uzur waktu tu.  Aduh, aku betul-betul sakit hati.

Di awal perkahwinan ni, aku sendiri tidak pernah ke mana-mana dengan AF, lebih kepada menjaga dia sakit. Untuk ke tandas, solat, makan, mandi, ahh semua lah. Mula-mula rasa penat, sakit hingga ke tulang belakang. Tapi lama-lama, rasa sado.  Hari ni, 20/10/2017, dah dekat 3 bulan lebih kami jadi suami isteri, AF pon dah diberi izin untuk tak guna tongkat sejak semalam. Alhamdulillah.


Setiap kali aku buat apa apa, aku mesti akan ingatkan diri aku, jaga suami, dapat pahala. Mesti Allah bagi rezeki pada aku apa apa. Kalau suami redha, aku paling untung. Dan aku bersyukur, sebab AF ada kata pada aku, ALLAH akan senangkan aku, kalau aku senangkan dia.


Dan yang paling bahagia, aku dah dapat kerja.  Selain tu, aku dah tamat Sarjana Pendidikan aku. Alhamdulillah. Berkat jaga suami aku kira:)

Disebabkan aku happy, nah aku persembahkan gambar-gambar masa wedding aku.  Gambar masa akad nikah, tak ada. Sebab handphone dah format T.T

Tetamu mula menyantap. Macam-macam menu. Katering pon sponser sebahagian waktu majlis. Alhamdulillah.

Geng Marhaban Pendang. Ayah yang uruskan. Terima kasih ayah.hehe PA system pon pakai ayah punya. Jimat. haha

Bersama Malul, suami & anak anak. Mia (anak dia yang sulung) comey gila. Putih gebuuuu


Bersama Rogay (Kawan Politeknik), husband & anak dia. Anak dia mata warna brown. Baka elok elok . hahah

Bersama Shikin & family & Jat. Terima kasih ampaaaa. Kawan sejak sekolah Menengah. Selalu balik cuti lepak rumah dorang :p
Time ni la aku paling lawa aku rasa LOL. AF pon nampak hensem. Walau kaki bersimen dan lurus kejung ja. kah kah
Makan beradab. Sumpah stress. Sebab kena belakon suap menyuap. KAH KAH. Nenek (tudung kelabu) tengok ja aku dan AF. Ibu mertua pon tergelak. Tapi makan tetap makan :p

Adik beradik ku. Termasuk ipar duai. Sebenarnya missing abang ipar nombor 2. Nak upload tak lepas pulak gambar semua lengkap. ishhh

Keluarga sebelah AF. Sepupu sepupu :)


4 kakak, seorang adik. Ni la teman bertekak berkasih sayang aku.  hehe

Semua jenis gila-gila. Tak boleh cover. haha

Aku dan suami. Tak sempurna di hari bahagia bagi orang lain. Tapi cukup sempurna di mata aku :) AF tersenyum untuk kesekian kalinya. Bermula di majlis akad nikah, sanding dan hari hari seterusnya. hehe


Semoga, ALLAH terus memayungi aku dengan rahmah.
Dan menjadikan aku sebaik-baik isteri dan menjadi solehah.
Perjalanan hidup kita semua tidak sama,
ALLAH mengetahui segalanya.

Bersyukur sebanyaknya.
Redha lah sepenuhnya.