Macam biasa, punya la lama baru boleh menulis. Walaupun mungkin tak ada sapa baca. Haha.
Prinsip blog ni diwujudkan adalah untuk menyampaikan ilmu walau sedikit. Juga sebagai diari diriku ini.Lol Waktu ni, jam dah menunjukkan pukul 1.17 pagi. Ini adalah timing paling baik bagi aku untuk menulis atau membaca. Tak tau kenapa. Tapi aku rasa bersemangat betul time macam ni. LOL.
So, today i decided to share some tips to ponder before continue study. Note that everything i share here is based on my experiences. So, no offend. Terpulang la nak ikut atau tak nak. Tiada lah Mak Jemah berhasrat untuk memaksa. LOL.
Ini adalah tips bagi menyambung pelajaran peringkat Master. Kenapa? Bak kata Prof di tempat aku belajar, sambung Master adalah pilihan individu. Bukan dipaksa. Kita menanggung 100% risiko.
Jadi, aku nak berkongsi sedikit pengalaman dan pengetahuan yang ada. Insyaallah.
Kena faham ye, Master ada beberapa mod dan bentuk pengajian.
Mod A: Fully Thesis
Mod B: Mix Mode ( Thesis + Coursework)
Mod C : Coursework
Dan semua ni berbeza mengikut tempat pengajian.
Bentuk pengajian pula adalah sama.
1. Sepenuh masa.
2. Separa masa.
Kebanyakan pelajar Master adalah daripada mereka yang telah bekerja. Jadi, they did in part time.
Hari ini aku nak share, apa benda yang perlu dititikberat bila kita ada hasrat nak mohon sambung. Penting. Kerana, ia sangat mempengaruhi mood, komitmen, dan markah jua. hahaha
1. Jarak ke Universiti
Sekiranya, ko berniat nak sambung secara part time, benda ni sangat sangat penting. Hampir setiap hari travel ke Universiti adalah sangat memenatkan. Kalau duduk di Johor, mintalah yang dekat-dekat. Atau agak dekat. Kalau duduk Johor dan belajar di utara, dan perlu berulang alik setiap minggu. Sangat melemaukan, Kos juaaaaaa. Ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri, disebabkan aku agak takut untuk drive, jadi aku perlu guna public transport yang sangat banyak semasa di UiTM Shah Alam. Sedangkan aku duduk di Bangi. Jauh dan aku agak lambat untuk sampai ke kelas. Ia adalah 1 kerugian!! Aku sangat letih walau dalam ERL dan rasa terlalu exhausted. Maka, tidak adalah waktu untuk self study lagi. Balik, terus tidur. Hm.. Di dalam kelas aku, ada beberapa orang yang travel dari Johor /Melaka ke UKM. Dan mereka hampir hendak quit. Kerana terlalu penat. Tapi, kalau engko jenis badang serta yakin mampu hadapi, apa lah salahnya. Ini adalah untuk mereka yang tidak tahan dengan erti penat. lol. Jarak ini penting, kerana banyak masanya kita perlu berjumpa supervisor untuk perbincangan. Jadi, agak susah untuk berkomunikasi sekiranya jauh.
2. Duit
Master adalah tidak berdasarkan buku! Apa yang kita perlu buat ialah hampir 90% untuk menelaah sendiri dan minta pandangan pensyarah. Selain yuran, kos lain ialah kos print, buku sendiri dan lain-lain projek. Sekiranya engko tidak ada sumber kewangan, jadi, fikir fikir lah dahulu. Aku tak dapat PTPTN (perlu bayar jumlah terdahulu), Mara pon tak dapat (sebab anak orang yang ayah aku jadi penjamin tak bayar >_<) , MYBRAIN? Masih tidak berstatus. Maka, aku anggap tidak dapat. LOL. Aku cuma menerima duit zakat sebagai duit sara diri. Dan duit yuran dibayar oleh bapak aku sendiri. Maka, terasa juga lahhhhhh betapa struggle nya. Read: Nukilan ini hanya untuk mereka yang daripada keluarga dengan pendapatan rendah-sederhana. Kalau kaya, apadehalllll.
3. Kekuatan diri
Untuk sambung Master, tak perlu lah cerdik ya amat. Cukuplah kalau yakin mampu belajar dengan baik. Tapi, apa saja yang kita bentangkan, bersedialah untuk ditegur juga dihentam oleh pensyarah dan dokter falsafah. hahaha. Sekiranya, kita jenis last minute kerja, jenis bermalas-malasan, percayalah, ia akan membawa tekanan super dasyat nanti. Kenapa? Terlalu banyak paper yang perlu dilangsaikan, sekiranya engkau berada pada Mod C. Tak terkejar, itu yang pasti. Jadi, tanyalah diri. Kenapa ko nak sambung? Mampu? Proceed. Tak mampu? Istikharah dulu.
Dulu, aku rasa sambung Master ni macam 1 perlumbaan. Lagi muda ko dapat setel, lagi bangga. Tapi lepas ALLAH uji, baru aku sedar, ilmu ni adalah cahaya. Ia masuk pada hati yang bersih. Ilmu itu perlu dituntut sampai mati. Jadi, mana mungkin ia 1 perlumbaan. Ilmu itu bersih. Lepas aku tengok rakan sekelas yang berumur 40 an dan masih belajar bersama, baru lah aku sedar.. ia adalah satu proses untuk mendalami ilmu. Jadi, berapa umur kita tamat, adalah tidak penting. Yang penting, kita sudi untuk menggali ilmu-ilmu ALLAH.
Sebenarnya, banyak lagi tips. Tapi tak berapa rajin nak taip. LULZZ
Oh ya, in case you don't know. Kebanyakan pelajar Master/PHD dia tak berapa betul. Haha Kadang-kadang tarikh pon tak ingat. Banyak benda kena fikir. Most of the time, jadi blur. ITU PASTI!
Nak sambung? Fikir betul -betul. Jangan daftar, dan quit. BUANG MASA! BUANG DUIT. Ingat tu.
Jadilah kita Ummat Muhammad,
yang cerdas akal.
Demi agama ALLAH,
Sejahtera selamanya.