Tuesday, April 5, 2016

Nak Sambung Master Ke Tak Nak? (Panduan Untuk Semua)

Assalamualaikum semua orang!! :)  So, macam mana weekend lepas? Dah berhibur ke?kehkeh. 

Untuk full time student macam aku, tak da istilah nk berhibur sangat la kot. Menangis pilu kerja berlambak. LOLZ. So, hari ni aku dah settle group presentation. Rasa lega sangatttt. Faham-faham la kerja group ni, yang pasif tu mesti jer ada. -,-'

Ok, nevermind.  Posting ni sebenarnya, nk kongsi sesuatu. Yela, sebab ramai junior-junior dan member2  private message aku,minta pandangan tentang NAK SAMBUNG MASTER KE NAK KERJA. So, aku rasa, apa la salah aku share je la dekat blog. Kalau orang lain google, bila diorang baca, ada la jugak saham akhirat aku (dengan harapan diredhai dan insyaallah memberi manfaat pada semua).

So, basically ada 3 perkara yang AKU rasa penting untuk consider bila nk sambung master ni. Aku bercerita ni, adalah based on pengalaman aku, dan insyaallah jujur dari hati aku. Setiap orang ada thought masing-masing. So, aku cerita berdasar apa aku lalui dan apa aku nampak la. hehe

Perkara yang palinggggg kena consider adalah:
1. Minat
2. Duit
3.Komitmen

Aku letak minat tu no 1 weh. Ada sebabnya. Kalau ko rasa nk sambung sebab member-member sambung, atau sebab tak da buat apa-apa, kerja pon tak da, rasanya, istikharah lah dulu. Benda ni tak kan berhasil kalau kita ikut kawan jer. Dan kalau nk please people, heh.. sampai kiamat pon tak kan terdaya.  Bila ada minat which is passion untuk further study, perkara yang susah pon akan kita cuba mudahkan. Tapi kalau tak minat ni, susah sket. Nanti aku cerita kenapa susah.

2. Duit.
Untung orang-orang yang berada, duit tak da hal kot. Tapi untuk yang parents kerja biasa-biasa. Yang ada masalah lain like tak boleh apply biasiswa /PTPTN/MARA (blacklist ke)..mmg susah sket. 1.5k Yuran bagi orang lain, mungkin biasa. Tapi bagi orang yang tak berapa kaya ni, berat sebenarnya. Mana nak cekau. Master ni bagi aku, banyak jugak pakai duit. Duit yuran, duit buku, duit makan.Ni basic la. Tu tak kira nk print assignment ke apa. So, kalau dah sambung, pastu decide nk berhenti, seriously you're wasting your parents hardship earning money. Tak kesian ke?

3. Komitmen
Part ni pon penting weh. Master ni banyak kena fikir. Dan banyak jugak nak kena bekorban jiwa raga. Lagi-lagi kerja group. Nak pulak ko buat part time. Erm... Penat dia sumpah tahap boleh nangis.Letih kot.

Kalau ada minat, duit tak ada..boleh struggle yang lain lagi. Kerja kerasa sket la. Kalau ada duit, tak minat dan tak boleh commit, mmg nt akan end up dengan berhenti. Hm..


So, susah sangat ke Master?
Apa yang aku jawab ni, adalah berdasar diri aku. So, lain orang, lain la yer. Mengambil kira latar belakang pendidikan aku, rasanya i can say, tak susah sangat. Cuma kena bagi 1000% commitment.
Aku tak sure learning style universiti lain. Tapi sebab aku further di UKM, bagi aku ..sakit jugak la. Disebabkan aku sempat belajar di UiTM (continue Master pastu quit *sila baca post sebelum ni*) aku boleh nampak la beza tu. Mungkin ada certain university, cara belajar Master bagi coursework ialah follow buku, tapi untuk UKM, buku tu lebih pada self read. Tak da nya ko nk buka bab 1, ok cerita yang ni. Tak da ok. Banyak nya adalah membuat kajian kajian yang terkini dan pastinya sesuai mengikut kursus yang kita ambik. Kalau lecturer bentang apa-apa, still akan end up dengan journal analysis, critique or buat kajian. Nak faham lebih? Beli buku, baca sendiri. Tapi, kalau dah minat, semuanya ok sajaaaa.. (Kalau ikut QS World University, Fakulti Pendidikan UKM berada pada ranking 51 dunia dengan academic reputation yang tinggi jugak la sampai 73.4%). Sebenarnya mana-mana universiti pon sama, so ikut jugak la style of teaching macam mana kt sana. So, sakit jugak la kepala aku belajar situ.hahaha.

Secara general, belajar Master ni mmg buat kita jadi pening-pening lalat sikit. Banyak nak kena faham. Ala, Master kan persediaan untuk continue PHD, so tak kan la ko expect nk dapat ijazah kedoktoran kena pass benda benda cikai. haa mcm tu la konsepnya. Tapi, insyaallah. Kalau dah tekad, kalau dah minat, benda ni tak da hal pon.

So, fikir baik baik.

Bila kita sambung belajar, kita mesti tahu apa yang kita nak. Apa yang kita nak capai. Kalau diri rasa tak boleh, jangan lah. Tak semua orang bila di 'push' boleh jadi somebody. Ada orang, lagi push, lagi jahanam. Kita ja tau keupayaan diri kita. Honestly, kalau yang jenis masa zaman belajar ialah seorang parasit-u know what i mean- yang jenis harap orang. Yang bajet-bajet dan sebenarnya kawan je banyak tolong tu. So, fikir fikir la. Sebab hampir 90% Master adalah berdasar diri kita sendiri. Ingat boleh tiru member je ke nk buat research? Viva pa cita? :D ha mcm tu la konsep nyee kannn.

This post, bukan nk menghalang sesiapa. Tapi untuk korang fikir betul-betul. Nak continue atau x. Kalau tekad, buat yang terbaik. Kalau hangat-hangat tahi ayam, alahaiii. Tak payah la. Membazir ja. Lagi-lagi zaman GST.lol. Insyaallah, sambung belajar ni sebenarnya satu ibadah yang terpuji. Cuma, janganlah kita penting diri. Dah tahu diri tak ready, tak bersedia, lagi nak buat. Di mahkamah ALLAH nanti, kita nak jawab jugak. Adil ke kita guna duit mak bapak kita dengan cara continue belajar then quit, adil ke kita untuk continue dan bermalas malasan dan kutip C je memanjang. Banyak benda nk kena fikir. Honestly, masa aku sambung bagi First Master, aku rasa why nottttt kannn ada Master-baru la cool. Kawan-kawan nak kawen, aku tak nak kawen lagi. So sambung je laaa. Masa tu aku tak fikir apa-apa. Aku fikir ala PTPTN ada. Bukan susah. Sampai ALLAH bagi ujian, haaaa. Masa tu aku baru tersentak. Dan masa aku perlu buat pilihan antara kerja atau belajar. Masa tu baru terdetik yang 'ok.. study is my passion. This is the thing yang aku enjoy sungguh-sungguh. Bila kewangan menjadi masalah, dan perjalanan tak semudah First Master, masa tu baru aku belajar sikit. Ok. Master is not a small thing dude! Baru ada akai.hahahaha


So, tanya diri. Dont let people make a decision for you. Untuk lelaki, aku sarankan sambung belajar lepas kawen je la. Kerja susah skrg. Kerja la dulu :)  Perempuan tak pe. Tunggu dipinang je.hahaha.
Lagi 1, yang jenis pemalas nk baca buku ke apa. Better fikir bebaik k. Master ni ibarat bermain dengan journal orang. Membaca je kerja.hahahaha


Nota kaki: Nanti mesti ada yang kata. Eleh kemain, pandai sangat ke nk bagi panduan dkt orang. Alahai. This is my sincere post. Kalau rasa ok, ambiklah. Kalau rasa tak, tinggal lah. Yang baik hanya milik ALLAH semata, tapi bukan aku.  :)




Menuntut ilmu itu ibadah.
Lakukan dengan halal. 
Dan katakan,
Ini adalah LILLAHITAALLA.
ALLAH melihat semua.
Biarkan redha ALLAH itu
menyusuri setiap ilmu ilmu yang diteroka.
Dan bukan demi nafsu diri semata-mata.