Monday, April 27, 2015

Kisah Umrah ku (PART 1)


salam alaik semua orang :D

lama sungguh sungguh tak menulis sini. rindu sebenarnya nk menulis. semua orang tau yang aku kalau menulis tak pernah pendek. mesti panjang.wakkakaka. caption pon jadi essay. lulz sangat.

ok skip this intro. bukan best pon intro aku. haha sebenarnya aku nk share perjalanan aku masa menunaikan umrah. (tak terniat untuk menunjuk/riak dsb) cuma aku harap apa yang aku kongsikan ni akan jadi panduan untuk orang lain. Kot2 ada yang nk kesana kan. well, at least if i cant make it perfect, i hope i can makes the other be almost perfect. =)


ok cmni cerita dia. Aku ni semasa hayat pon memang sentiasa sebut dekat mak ayah aku
"mak, sebelum kak ema mati, kak ema nak p mekah tau. P dengan mak ayah. Tapi kak ema kena simpan duit dulu aaa, kawen nanti lah"


aku selalu sebut macam tu. so masa aku nak kesana tu, sebenarnya mak ayah aku ja daftar. aku ni belum lagi. duit pon tak da. hewhew. entah macam mana kuasa ALLAH, mudahnya betul laluan aku nk kesana. kebetulan , bulan tu aku mmg saving sket. sebab aku tak shopping. cuba kalau aku g Shopping complex, nam jahanam la jawab dia. sebab aku mesti rembat kasut 2, 3 ketoi. baju lah apa la.ok skip.


so aku pon dapat la buat passport dengan buku suntikan guna duit sendiri. beratus gak aaa. sebab aku urus sendiri hal aku, ayah aku urus hal dia dengan mak dekat kampung. nasib kak aku ada, mmg dia la bawak aku ke hulu ke hilir. nak harap aku , memang idok ler. nak jadi cerita, aku ni pening fikir, aku ada ka jubah elok? telekung mmg banyak. cuma jubah aku ada ke yang elok? sebab aku kan syaitanirojim, baju semua ikut shape. hewhew. tapi masa tu aku fikir, tak pe la. pakai je la yang cap ayam. yang penting dapat p Mekah. masa tu aku persediaan apa haram tak da. (ilmu). tapi jiwa aku masa tu memang nak ke sana je.


so aku pon buat benda yang paling mudah dalam hidup aku.

google. 

aku google segala info tentang umrah. panduan segalanya. sebenarnya , aku nk recap jugak lah. syukur dulu aku ada join kursus haji zaman sekolah. mmg berguna betul. kursus haji dan praktikal tu buat aku dapat banyakkkk naww ilmu.

kemudian dengan duit yang tak berapa jenuh tu, aku beli buku. sebenarnya aku nk tengok ada tak rukun2, yang aku lupa. yang wajib. yang sunat tu aku tak berapa kisah. ada buku melayu, ada buku english yang aku beli. yang english tu mmg bagus. sebab very practical and easy to understand. tapi aku tak dapat nk google plak gambar tu. hew.

ha ni la buku yang aku selalu rujuk. dan aku sangkut kat leher masa kat sana. gila kaw nk guna buku english kat sana. terabur aku nanti.kekekek

So, dah aku beli buku, aku install jugak dalam hp aku, panduan umrah. so bila aku nk tdo, aku baca dulu. masa tu aku dah serabut. ..sebab aku menuntut tanpa guru. which is not good in Islam.

Lepas dah setel bab buku, aku terfikir aku tak da luggage. serabut jugak aku. sebab luggage aku, aku bagi mak ayah aku. T.T tapi aku macam tenang je. aku macam, ala tak pe la, yang agen punya kan ada. kecik pon ok jee (aku guna perkhidmatan Jagong Mas Travel Agency). So, dah macam2 yang aku buat, aku tak hebah dkt sapa lagi, aku kena urus bab office pulak. macam mana nk buat ni, so aku ambik unpaid leave. 22 hari ok aku hentam. sebab aku nak ada few days rest before aku fly. sebab aku niat nk p cari tok guru. 


bila sampai kemuncak masa. dan bila aku dah nak start cuti.. ALLAH ja tau perasaan aku. aku mula kejap kejap air mata berlenang. Pendosanya aku. dan aku bersyukur ALLAH dengar doa aku. then bila aku balik, terus aku ke rumah tok guru. belajar balik sepam dua. Alhamdulillah, mudah absorb aku ni =) dan nasib aku baik jugak sebab officemate aku, merangkap kawan UiTM, kawan 1 kelas minor, dia biasa p umrah. jadi aku tanya dia la. thank you Ameera Aisyah.



so dah aku setel belajar, aku buat checklist. compulsory bagi aku. sebab kang tercicir apa2, mampos aku kat sana.  nanti bila bila aku share template aku ok.


anyhow, here are things yang memang aku rasa wajib ada/penting bila di sana. tak kisah aaa cuaca sejuk ka panas ka. nasib aku prepare. lulzz


1. Vaseline





sila beli ok. sebab kat sana, kalau cuaca sejuk pon dia merekah bibir, panas tak yah cakap aaa. masa aku kat sana bibir aku kering sangat sangat. sampai aku tak leh cakap takut berdarah. pakai ni sekejap jaaaaaaaaaaa. tak sakit. gila kaw kalau tak pakai. nk baca doa semayang pon aku tak leh gerak bibir. keringggggg. oh, aku p sana suhu masa tu 37 degree. kemudian beralih ke 15 degree sebelum back to 37. peralihan cuaca.


another thing yang perlu kat sana ialah 

2. medicines 

sesungguhnya sementara badan kita nk sesuai dengan negara orang, body kita akan shock. demam, selesema, batuk tu biasa.  tapi apa yang aku bawak ialah paracetemol 2 packets (ubat panadol), vicks dan minyak angin cap kapak dan jugak ubat pening. wajib aa bagi aku. kenapa? panadol in case demam (mmg at the end tu mak ayah aku demam), vicks and minyak angin cap kapak adalah sebab aku nk badan selalu rasa segar, dan kalau pening sket2 tu boleh tonyoh  jee. kan ada menthol, jadi dia sejuk berangin. and lastly ubat pening, in case naik flight, rasa gayat n pening. tapi mmg aku spare sebab mak aku kalau tak cukup tidur, dia pening. and yes, semuanya ni aku guna sampaiiii habis. punya lah penting menda alah ni.


3.stokin


sila bawak dengan kuantiti yang banyak. aku bawak lebih dari 10 pasang. lulzzzz sebab di sana, kasut hilang tu benda biasa. jadi stokin tu wajib ada, kalau tak mampos nk jalan jauh tak da kasut. and benda tu mmg wajib. lagipon kalau sejuk, mmg kena pakai ok. mau menggigil ..haha


these are things yang orang  jarang bawak lebih. yang wajib tu nanti aku share lain. ni macam critical need kat sana.  insyaallah, kalau dapat bawak ni, tak la rasa kelam kabut sangat nanti. coz medicines kat sana mahai jugak. 



sebenarnya, banyakkk benda aku nk share. tapi disebabkan aku tengah mencuri masa office, jadi mcm seremmm plak nk taip banyak2. kekekekke  

nanti aku share pengalaman aku dari nak ke KLIA2 sampai touch down King Abdul Aziz Airport.

jadi untuk sementara ni, nah layan gambar gambar aku je la.
:D


A Shot lepas selesai umrah. rasanya ni dah otw balik. mata ok masa ni. kekekeke

selepas selesai tawaf, aku pegang tangan mak ayah aku, bawak minum air zam zam . nk basahkan tekak. thanks to hamba ALLAH yang cuci masjid sana.tlg ambik gambar..


puncak jabar rahmah. 20 minutes je ada masa. sempat la doa urusan jodoh. moga ALLAH dengar dan perkenankan. insyaallah. masa ni sungguh2 rasa tenang, sebab dah nampak dengan siapa aku sayang =)

Laut merah.  Kisah Nabi Musa yang menggunakan tongkat dan terbelah lautan ni. Sejuk gila suasana sini. Besttttttttttttttttttttttttttttt :D

Masjid Nabawi. Dekat dalam ni ada Raudhah (taman syurga). Raudhah ni ialah antara tempat yang mustajab doa. doa direct sampai dekat ALLAH. dan ALLAH perkenankan. best Masjid Nabawi. besar... wangi..... 
Dalam hotel di Madinah. Mmg aku suka peluk mak ayah aku. sebab impian aku dah terlaksana. aku harap mati aku dalam keadaan beriman dan aku sayang mak ayah aku.. aku harap cinta aku pada mereka, aku dah tunjuk di sini seikhlas, sebetulnya.. aku dah bagi yang terbaik di Kota Madinah dan Mekah sepenuh hati..sebab jasa mereka dkt aku tak terbalas..

Dalam lif. nk p solat kot..tak ingat dah time ni :D

Suasana di Masjid Nabawi.. waktu subuh.jual beli dasyat ok. orang ramaiiiii. satu solat fardhu, mesti bawak balik barang aku ni. keja membeli ja.hahaha

Pokok kurma... makan kurma ajwa 7 biji, menghilangkan sihir -hadis saheh (nanti aku cerita bab ni, tu pon kalau aku rajin menulis blog aaa. sebab tenet di rumah nyawa2 ikan.hahaha)

Sebenarnya, ni adalah gambar selepas Umrah wajib aku. gambar sejurus selepas aku solat sunat tawaf. jujur, aku menangis tanpa henti. sebenarnya tak banyak gambar aku di sana (kalau ikut aku ni, jenis gila kamera aa), sebab mata aku bengkak. sentiasa bengkak. entah, air mata jatuh tak berhenti aku di sana. Masa ni, aku bangun dan aku cium pipi ayah aku, kemudian aku cium pipi mak aku, aku cakap dalam hati, terima kasih ALLAH, izinkan aku pendosa sampai di sini. jadikan aku anak solehah, terima kasih untuk ini, inilah harapan aku sebelum aku mati, aku mencintai mak ayah aku sepenuh hati aku.. terima kasih untuk nikmat ni..untuk nikmat berbakti di usia 25 tahun. Saat aku tawaf, di kiriku, ayahku, di kananku, emak ku, sehingga terlalu sakit jari aku kerana aku terlalu kuat memegang mak ayah aku. Sebab aku menghargai setiap saat yang aku ada. Selepas ni, mungkin aku mati , atau mak ayah aku pergi dulu, aku tak mampu lagi berbakti untuk mereka.  dan aku bahagia bila aku sempurna tawaf ku, tawaf mak ayah ku, dan umrah ku, dan dapat berbakti untuk mereka di sana.



Wahai emak,
terima kasih untuk sebuah kasih sayang yang tak terluah dengan ucapan.
terima kasih dengan perjuangan melahirkanku,
perjuangan membesarkan anak nakalmu,
terima kasih duhai emak,
anakmu yang pendosa memohon ampun padamu,
anakmu yang pendosa memohon ampun padamu,
semoga ALLAH memeberi tempat pada mak di syurga Dia
semoga ALLAH masih sudi memberi izin mak,
untuk terus menjadi mak di 'sana'
duhai emak,
anakmu yang pendosa,
berterima kasih pada mu ,
terima kasih atas segalanya..
hanya ALLAH yang mengetahui betapa cintanya anakmu ini padamu...



Duhai ayah,
walau tidak dilafaz dengan kata,
anakmu tahu engkau mengasihi 6 puterimu,
dan lebihnya adakalanya tertumpah padaku,
duhai ayahku sayang,
terima kasih melindungi anakmu,
terima kasih atas cinta pertamaku,
ayahku,
anakmu yang pendosa memohon ampun padamu,
anakmu yang pendosa memohon ampun padamu,
semoga masih sudi rahmat ALLAH menjadikan ayah,
masih ayah di 'sana'
moga ayah ku cinta, mendapat tempat di syurga Dia,
ayahku,
tidak terluah betapa kasih anakmu padamu,
terima kasih untuk kasih sayangmu wahai ayahku.



kekasihku emak dan ayah,

anakmu memohon ampun padamu,
semoga ALLAH turut mengizinkan anakmu ini,
untuk terus menjadi anakmu di sana.


terima kasih membesarkan dengan penuh kasih
seorang hamba yang dipinjam Dia
atas nama
Noor Asma Binti Ismail.